Soalan
Di syarikat tmpt saya bekerja,,,,tidak menggunakan meter,,,,,,hanya
mengambil air dgn memasang paip sahaja bila telah kehabisan.....apakah
hukum kami sebagai pekerja yang menggunakan air secara demikian untuk
solat, minum dan kegunaan harian
Jawapan
Dalam masalah ini, jika mengambil bekalan air daripada paip tersebut
dibenarkan oleh majikan anda, ia adalah perbuatan yang tidak salah dan
ia boleh digunakan untuk memenuhi keperluan harian.
Namun begitu, jika ia tidak dibenarkan, maka mengambilnya adalah satu kesalahan kerana dikira mengambil hak orang lain tanpa izin. Ia tidak ubah sama seperti mencuri harta orang lain.
Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, Panel mencadangkan supaya anda semua mengadakan perbincangan dan membuat permohonan daripada majikan anda agar mereka menyediakan bekalan air bersih di tempat tersebut.
Semoga dengan pertemuan dan permohonan tersebut akan dapat menyelesaikan masalah yang anda semua hadapi. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment