Soalan
assalamualaikum.saya nk bertanya adakah jika sy berpuasa sunat pd hari
isnin adkah wajib untuk saya perpuasa sunat juga pd hr khamis..sebab sy
berpuasa sunat pd hr khamis tp di tengur oleh kwn,yg menyatakan klo
puasa hr khamis,isnin kena puasa jgk...mcm mne ye??tq..
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, adalah tidak diwajibkan kepada mereka yang berpuasa sunat pada hari Isnin untuk berpuasa juga pada hari Khamis. Ia hanyalah puasa sunat sahaja dan melakukan salah satu daripada hari tersebut tidak menyebabkan perlunya berpuasa juga pada hari yang satu lagi.
Oleh yang demikian, pendapat yang dinyatakan oleh kawan-kawan anda mengenai perkara ini adalah pandangan atau pendapat yang tidak berasaskan kepada dalil-dalil yang diterima oleh Syara'.
Ringkasnya, pendapat tersebut tiada asasnya di dalam Islam. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment