Thursday, November 1, 2012

Pakaian Menyerupai Agama Lain

Soalan

assalamualaikum.saya ada satu kekeliruan.Seorang rakan sy sering memakai rantai yg mempunyai lambang patung buddha.Apabila ditanya tujuan memakai rantai itu,dia menjawab sekadar memakai untuk suka-suka.apakah hukum dan apakah yg patut dilakukan?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum memakai rantai untuk orang lelaki itu adalah haram tanpa kompromi.
Dalam perbahasan ulamak  dan para sarjana dalam bidang tauhid/akidah/usuluddin/ilmu kalam telah bersepakat merumuskan bahawa akidah seseorang itu akan tergelincir disebabkan  oleh 3 perkara iaitu:
1.I'tikad dalam hati- Iaitu mempercayai ada Tuhan yang lebih berkuasa daripada Allah - maka tergelincir akidahnya.
2.Perbuatan-Meniru perbuatan agama lain,seperti menyembah patung @ membuat tanda salib ketika melakonkan drama @ memakai tanda yang biasa dipakai oleh agama lain seperti rantai@ patung buddha-maka tergelincir akidahnya.
3.Perkataan- Mengatakan ugama Islam kolot @ mengatakan hukum yang terdapat pada al-Qur'an ketinggalan zaman @ mengatakan Nabi Muhammad itu kuat seks, maka itupun sudah jatuh akidahnya.
Meneliti kepada keadaan yang telah berlaku pada rakan anda, panel nasihatkan agar beliau cepat-cepat  bertaubat dengan taubat nasuha (sungguh-sungguh).Syarat taubat itu ada 3  iaitu:
i. tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut,
ii.menyesal  di  atas perbuatan   yang telah dilakukan
iii.Bersegera meninggalklan perbuatan menggantung patung pada rantai yang dipakainya.
Mudah-mudahan beliau sedar tentang kesilapan yang telah dilakukan selama ini.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment