Tuesday, November 6, 2012

Hukum Letak Kasut Pada Hantaran??

Soalan

ape hukum letak kasut pada hantaran? adakah haram?
sila jelaskan dengan detail utk kebaikan bersama,tq

Jawapan

dalam membincangkan persoalan hantaran (dalam upacara perkahwinan), ia adalah adat Melayu sahaja dan tidak melibatkan hukum ahkam di dalam agama Islam.
Ringkasnya, yang wajib di dalam Islam hanyalah mas kahwin sahaja. Hantaran, hadiah dan sebagainya hanyalah perkara-perkara sampingan sahaja dan ia adalah tidak diwajibkan.
Semoga pernikahan yang akan dilangsungkan membawa seribu erti pada diri kedua pengantin. Binalah rumahtangga yang berasaskan akhlak Islamiah agar akan terlahir sebuah rumahtangga yang bahagia dunia dan akhirat. “Baiti Jannati”. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment