Tuesday, October 30, 2012

Kahwin Dgn Saudara Belah Ayah Boleh/tidak ?

Soalan

assalamualaikum.... disini saya ada kekeliruan mengenai perkahwinan antara sepupu...
ad yg berkata haram berkahwin dengan sepupu belah ayah.... adakah benar?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Di dalam Islam, antara faktor yang menyebabkan seseorang itu tidak boleh dikahwini adalah disebabkan wujudnya hubungan mahram di antara lelaki dan perempuan tersebut.
Dalam hal ini, hubungan sepupu sama ada dari sebelah ayah ataupun ibu adalah tidak termasuk di dalam hubungan mahram yang menyebabkan terhalangnya untuk mereka berkahwin.
Walau bagaimanapun, hujah yang paling kuat di dalam menyatakan hukum perkahwinan di antara sesama sepupu baik dari sebelah ayah ataupun dari sebelah ibu adalah diharuskan di dalam Islam ialah firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Surah Al-Ahzab, maksudnya:
Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
“Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar maskahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya; perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, bukan bagi orang-orang yang beriman umumnya;- sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada orang-orang mu'min mengenai isteri-isteri mereka dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki; -. supaya tidak menjadi keberatan bagimu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Ahzaab 33:50)

Oleh yang demikian, dakwaan yang menyatakan bahawa perkahwinan di antara sepupu dari sebelah ayah dihukumkan haram adalah bercanggah dengan kenyataan yang dinyatakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Al-Quran sebagaimana maksud ayat di atas.
Dari itu, perkahwinan seorang lelaki dengan sepupunya (anak perempuan adik-beradik ayahnya) adalah sah dan menepati dengan apa yang dianjurkan oleh Islam. Wallahu 'alam.

33 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum
    Saya ade kemusykilan yng ingin ditanya
    Bolehkah seorang anak saudara berkhawin dengan adik beradik sebapa bapanya.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum :)

    boleh ka kalau saya kawen dngan dua pupu bapak saya.. Mcm bapaknya sepupu dngn datuk saya.. maknanya dia tu bapak saudara pupu saya..

    ReplyDelete
  4. Salam, mengikut ayat 33:50 jelas terang lg bersuluh bahawa ayat bermula dengan Wahai Nabi, Ya ayuhai nabi, bukan utk orang2 mukmin, min du nil mukminin....

    ReplyDelete
  5. Salam, mengikut ayat 33:50 jelas terang lg bersuluh bahawa ayat bermula dengan Wahai Nabi, Ya ayuhai nabi, bukan utk orang2 mukmin, min du nil mukminin....

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum..saya nak tanye apa hukum saya sebagai lelaki mengahwini sepupu kepada bapa saya(emak sepupu). saya adalah cucu saudara kepada bapa perempuan itu.

    ReplyDelete
  7. Boleh kah saya berkahwin dengan anak lelaki kepada sepupu bapa saya? Saya kurang faham dengan keterangan di atas.. Terima kasih..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.. Kalau boleh saya tanya...
    Boleh ke cucu saudara ayah menikahi anak perempuannya?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.. Kalau boleh saya tanya...
    Boleh ke cucu saudara ayah menikahi anak perempuannya?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.. Kalau boleh saya tanya...
    Boleh ke cucu saudara ayah menikahi anak perempuannya?

    ReplyDelete
  11. Nak tanya boleh tak berkahwin dgn sepupu ayah saya ? Maknanya bapanya adik beradik dengan atok saya

    ReplyDelete
  12. Saya ingin bertanya. Ibu saya telah berkahwin dengan seorang lelaki (merupakan ayah saya sekarang) yang mempunyai anak seramai 4 orang. Tetapi, boleh kah saya (sebagai anak perempuan) berkahwin dengan adik kepada ayah saya itu? Adakah ayah saya itu digelar ayah tiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh rsenye sbb tu da digelar pak saudara mnta maaf kalo saya salah

      Delete
  13. Bkn kah kalu ayah,abg ngan adk lelaki,bapa saudara tiada.sepupu lelaki blah ayah blh jadi tok kadi?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum.. ermm bolehkah bapa saudara suka dengan anak saudara? Contohnya:-
    Sepupu ayah saya tua setahun daripada saya dan dia macam ada simpan perasaan dalam diam.

    Di atas itu adalah contoh. Ada bataskah antara bapa saudara dengan anak saudara? Bolehkah hubungan tu menjadi lebih?

    Maaf tentang keterangan di atas tu.. cuma masih ada kekeliruan dalam fikiran saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu bukan pok saudara ngn ank saudara..tu pak sepupu ngn ank sepupu..blh dijimok @ blh dinikah. bapa saudara adlh adik bradik kandung ibu bapa kamu..bapa saudara SABIT adlh yg nikah ngn adik bradik ibubapa kamu..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. tertinggal..bapa saudara@ibu saudara iaitu adik bradik ibubapa kamu haram dinikoh oleh kamu..

      Delete
  15. Assalammualaikum...bolehkah saya berkahwin dengan sepupu saya jika ibu saudara saya menjadi ibu susuan kepada abang saya?
    Saya kurang faham dengan keterangan ini...

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum...bolehkah saya berkahwin dengan sepupu saya jika ibu saudara saya menjadi ibu susuan kepada abang saya?
    Saya kurang faham dengan keterangan ini...

    ReplyDelete
  17. Bolehkah saya brkahwin dgn sepupu ayah saya,yg mana ibunye makcik kepada ayah saya?

    ReplyDelete
  18. Asalamualaikum . Apa hukum kalau pakcik berkahwin dengan anak saudaranya belah ayah? Boleh beri penjelasan?

    ReplyDelete
  19. Asalamualaikum . Apa hukum kalau pakcik berkahwin dengan anak saudaranya belah ayah? Boleh beri penjelasan?

    ReplyDelete
  20. Asalamualaikum. Adakah saudara belah bapa dikira darah daging? B

    ReplyDelete
  21. Assalammualaikum. .Boleh ke sy kawin dgn sepupu sy..mk die adik kpd ayah sy.. Sorry sy x berapa nk fhm sgt la pasal ni

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum boleh kah bapa saudara sebelah ibu berkahwin ank saudara ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akum boleh kah saya khawin denhan abh saya boleh kah

      Delete
  23. Akum boleh kah saya khawin dengan anak abg saya

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah... Insyaallah jika terbuka hati...

    ReplyDelete
  25. Assalamuailaikum saya ada soalan yang nak di kemukan..

    Solan:

    1.boleh kah seseorang anak tiri berkahwin dengan adik beradik mak tirinye,dalam pada yang sama mak tirinye dah melahir kan anak dari hasil perkahwinan dengan ayah kandungnye..trima kasih😊

    ReplyDelete
  26. Apakah hukumnya anak buah berkahwin dengan makcik sedara sebelah ayahnya?

    ReplyDelete
  27. Assalamulaikum... Saya nak tanya.. bolehkah adik saudara lelaki berkahwin dengan kakak saudara...

    ReplyDelete