Tuesday, October 30, 2012

Wasiat Harta Pusaka

Soalan

arwah saya telah menulis wasiat yg mana rumah dan tanah pesaka diberi untuk saya yg mana masa hidupnya saya bertugas dikampung melaka, malangnya selepas kematian ayah saya telah berpindah bertugas di shah alam, bila rumah tersebut dijual kerana ibu juga telah berhijrah di shah alam ibu telah mengubah yang mana saya hanya berhak dapat bahagian tanah sahaja sedangkan rumah tidak. Apa hukum mengubah wasit yang telah dibuat oleh si mati .

Jawapan

Dalam persoalan ini, menurut hukum pewarisan harta di dalam Islam, mereka yang menjadi ahli fardu tidak boleh menerima sebarang jenis wasiat.
Hal ini adalah kerana pemberian wasiat tersebut akan mengurangkan bahagian ahli fardu yang lain sedangkan dirinya memang akan mendapat bahagian daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati.
Oleh itu, anda disyorkan supaya merujuk kes ini kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran dengan tempat anda untuk mengetahui status wasiat tersebut. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment