Friday, October 12, 2012

Anak Luar Nikah

Soalan

Assalamualaikum.kami mempunyai anak luar nikah,apa yg saya tau di website ada m'gatakan anak itu boleh di bin dgn bapa nye sekiranya bapa itu sendiri mengakui anak itu anak beliau tp bagaimana? Undang2 negeri/negara kita boleh membubarkan kpd ibubapa sebenarnya shj blh di bin/binti. sememangnye kami ibubapa yg berdosa telah menimbulkan masalah ini tp anak itu tak bersalah demi menjaga maruah anak itu utk hari2 mndtg.SAYA MOHON UNTUK SIJIL LAHIR BOLEH DI BIN KAN BAPA.demi masa depan.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Anak luar nikah ataupun dikenali juga dengan istilah anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang telah menghamilkan ibunya dan menyebabkan dirinya lahir ke dunia. Ketetapan ini adalah ketetapan yang telah ditetapkan oleh pemilik Syariat ini.
Ringkasnya, anak zina tidak boleh dibinkan kepada bapanya kerana ikatan nasab mereka berdua tidak diiktiraf oleh Syarak. Ia hendaklah dibinkan kepada ibunya atau dibinkan kepada Abdullah (hamba Allah).
Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
“Anak adalah bagi (pemilik) hamparan. Bagi penzina pula ialah al-Hajr"
(Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu).
Maksud hamparan di dalam hadis di atas ialah isteri dan pemilik hamparan ialah suami. Di dalam hadith di atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam telah menetapkan satu arahan agama iaitu; anak hanya boleh dinasabkan kepada lelaki yang memiliki ikatan perkahwinan yang sah dengan ibu yang melahirkan anak itu.
Adapun penzina pula, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda “baginya al-Hajr”. Al-Hajr membawa dua makna, iaitu;
1.         Membawa makna batu; penzina habuannya ialah direjam dengan batu.
2.         Membawa makna khaibah yang bermakna kecewa atau putus asa. Penzina baginya kekecewaan dan putus asa kerana tidak ada hak baginya terhadap anak yang lahir sekalipun anak itu dari benihnya sendiri.

Walau bagaimanapun, dalam perkara ini anda boleh membuat pertanyaan di kaunter Pendaftaran mengenai kebenaran meletakkan nama anak tersebut yang digabungkan dengan nama anda tetapi tidak diletakkan bin ataupun binti. Contohnya; nama anak “Badrul”, nama lelaki yang menghamilkan ibunya “Aping” – nama anak tersebut – “Badrul Aping”.
Dengan cara ini dapat menjaga nama baik anak tersebut daripada dijadikan bahan buah mulut orang ramai kerana terdapat nama lelaki yang menjadi ayahnya pada namanya sendiri. Wallahu 'alam.

6 comments:

  1. assalamuaikum .. saya mempunyai anak luar nikah .. saya nak tukar kan nama abdullah kepada nama bapa nye .. tapi skrg anak sye dh 10 bulan adakah kami masih boleh tukar nama anak kami .. saya da jumpa nga ustaz dan tok imam yg nikah kan kami tapi tok imam dan ustaz kata nikah kami sah .. bagimana sye perlu buat sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam .. Sis nak tnya .. Sis da dpt tukar ke nma bin ank sis tu .. Sbb sy pun hdpi mslah yg sma sprti akak .. Klau sis da bca kmen sy ni ,ble tak sis whatapp sy .. Ni no sy 0149537484 ..

      Delete
    2. Salam .. Sis nak tnya .. Sis da dpt tukar ke nma bin ank sis tu .. Sbb sy pun hdpi mslah yg sma sprti akak .. Klau sis da bca kmen sy ni ,ble tak sis whatapp sy .. Ni no sy 0149537484 ..

      Delete
    3. Salam .. Sis nak tnya .. Sis da dpt tukar ke nma bin ank sis tu .. Sbb sy pun hdpi mslah yg sma sprti akak .. Klau sis da bca kmen sy ni ,ble tak sis whatapp sy .. Ni no sy 0149537484 ..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. saya bernikah ketika hamil 5 minggu . adakah sah pernikahan atau pun jadi ank luar nikah dan tidak boleh dibin nama suami ?

    ReplyDelete