Friday, October 19, 2012

Wang Perlindungan Insuran Simati Perlu Difaraidkan Antara Adik Beradik

Soalan

adik lelaki saya telah meninggal dunia akibat kemalangan dan telah mendapat perlindungan insuran. adakah ibu bapa saya yang berhak 100% atas wang insuran tersebut.

Jawapan

Dalam persoalan ini, sekiranya insurans tersebut adalah insurans yang dibenarkan oleh islam (Takaful), maka ia adalah termasuk di dalam harta tinggalan arwah adik anda dan perlu diagihkan mengikut kaedah pengagihan harta pusaka di dalam islam.
Namun, jika ia bukan dari jenis Takaful maka ia (jumlah keseluruhan wang ) tidak dikira sebagai wang tinggalan arwah adik anda. Hanya wang pendahuluan dan juga wang bulanan yang dimasukkan ke dalam akaun tersebut sahaja yang dikira sebagai hartanya dan perlu diagihkan mengikut sistem fara’id kepada semua ahli warisnya.
Ringkasnya, wang tersebut bukan menjadi milik ibu dan ayah anda sepenuhnya. Setelah diasingkan di antara wang arwah adik anda dengan wang ganjaran insurans yang diperolehi, ia perlu diagihkan kepada semua ahli waris yang berhak menerimanya. Wallahu 'alam.

2 comments:

  1. Yang saya dengar, wang pampasan selepas mati tidak perlu difaraidkan. Yang perlu difaraidkan hanyalah simpanan insuran sahaja. Sbb duit itu hadir selepas mati.

    ReplyDelete
  2. As salam.. sy ingin tau.. boleh kah mengunakan duit insuran kemalangan untok bernikah dan sah kah nikah seseorg dengan mengunakan duit insuran kemalangan sebagai mas kahwin dan hantaran? Trima Kaseh...

    ReplyDelete