Soalan
apakah kotoran hitam yg selalu ada di depan/melekat(bukan bawah/dalam)
pada kuku kita? adakah ianya daki? adakah sah jika mengambil wuduk jika
kita tidak membuang daki/kotoran tersebut?
Jawapan
Mengenai kotoran yang anda maksudkan, panel sendiri tidak dapat untuk
mengenal pasti mengenai statusnya. Ia biasanya berpunca daripada benda
yang telah anda pegang sebelum itu.
Walaupun begitu, jika ia adalah sesuatu yang mempunyai sifat seperti minyak ataupun cat, ia perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum anda berwudhu’. Hal ini adalah kerana kewujudannya di jari anda akan menyebabkan terhalangnya air untuk sampai ke kulit/kuku yang terdapat di bawah kotoran tersebut dan ini akan menyebabkan wudhu’ yang anda ambil menjadi tidak sah.
Oleh itu, sebagai jalan keluar adalah dinasihatkan supaya anda memeriksa dan membersihkan terlebih dahulu semua anggota wudhu’ anda daripada sebarang jenis kotoran sama ada yang berunsur minyak, cat, daki atau sebagainya. Kemudian barulah anda berwudhu’.
Semoga dengan usaha yang sedikit ini kita beroleh rahmat dariNya. Wallahu 'alam.

Assalamualaikum, jari-jari saya ada kesan hitam selepas cuci tingkap berhabuk, namun kesan hitam itu susah untuk dihilangkan, adakah wudhuk sah dan air dapat kena kulit di bahagian jari-jari saya
ReplyDeleteAssalamualaikum, jari-jari saya ada kesan hitam selepas cuci tingkap berhabuk, namun kesan hitam itu susah untuk dihilangkan, adakah wudhuk sah dan air dapat kena kulit di bahagian jari-jari saya
ReplyDelete