Soalan
Adakah membaca al quran dgn tajwid yg betul sama penting dgn bertadabbur
dan memahami isi kalamullah melalui kitab tafsir? Terima kasih ustaz.
Jawapan
Dalam membaca Kitab Suci ini, pembacanya perlu mentadabbur isi kandungannya dan juga membacanya mengikut kaedah bacaan dan sebutan huruf yang betul. Kedua-dua perkara ini sama pentingnya kerana ia merupakan perkara yang telah Allah Subhanahu Wa Ta'ala tegaskan di dalam firmannya yang bermaksud:“...dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu”.
(Surah Al-Furqan 25:32)
No comments:
Post a Comment