Soalan
assalammualaikum wbt ust&ustz,smoga dirahmati allah
swt.soalanya,saya dan kakak ipar serta anaknya yang baru berumur setahun
lebih sedang menonton tv d ruang tamu,isteri saya pula berehat di dalam
bilik tidur,adakah jatuh hukum berzina dalam keadaan tersebut?
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,dalam keadaan tersebut, anda dan kakak ipar tidak dikira telah melakukan zina. Ini adalah kerana zina itu sendiri adalah merujuk kepada perbuatan persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan isterinya ataupun hambanya.
Dari itu, duduk menonton televisyen bersama kakak ipar bukan perbuatan zina.
Namun begitu, perlu diingatkan supaya anda dan kakak ipar sentiasa menjaga aurat ketika bersama. Pendedahan aurat boleh menyebabkan terjadinya zina mata kepada mereka yang tidak mempunyai hubungan mahram apabila berlakunya pendedahan aurat. Wallahu 'alam
No comments:
Post a Comment