Wednesday, October 10, 2012

Status Ibu Dan Anak Angkat Lelaki

Soalan

Assalammualaikum... saya ingin mengetahui apakah status anak angkat lelaki dengan keluarga angkatnya apabila anak angkat lelaki tersebut telah berkahwin? adakah ibu bapa angkatnya masih lagi mempunyai hak mutlak terhadap anak angkatnya itu ?

2. Apakah dosa seorang isteri tidak berjumpa dengan ibu bapa angkat suaminya atas sebab telah di fitnah dan di hina menyihir suaminya tetapi pada zahirnya isteri tidak melakukan perbuatatan tersebut.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Hubungan anak angkat dengan kedua ibu bapa nagkat adalah tidak lebih sebagai hubungan biasa keranan tidak ada sebarang pertalian darah dia antara mereka, malah dari sudut aurat ia adalah seperti hubungan orang ajnabi di mana ibu angkat tersebut wajib menutup aurat  apabila berhadapan dengan anak angkat lelaki.
Ibu bapa angkat tidka mempunyai sebarang hak mutlak ke atas anak angkat tersebut bahkan anak itu tidak berhak sebagai pewaris ke atas setiap harta yang ditinggalkan oleh ibu bapa angkat.
Oleh kerana si isteri telah difitnah dan tidak melakukan sebarang kesalahan maka dia tidak dikira berdosa sekiranya tidak menziarahi keluarga angkat suaminya kerana ibu bapa angkat tersebut bukan mertua sebenar kepadanya.
Perlu difahami bahawa keluarga angkat itu adalah hubungan yang wujud atas kerelaan dan bukanlah kerana adanya sebarang pertalian darah.
wallahua'lam

No comments:

Post a Comment