Tuesday, October 30, 2012

Jatuhkah Talak Bila Suami Berkata

Soalan

Salam, Saya dan Suami tidak sefahaman, dan saya tlh minta cerai pada suami dan suami berkta "Meh sini, biar ko ngndung anak no 2 baru aku ceraikan..Dan saya telah mglami keguguran 2x slpas lafaz itu dikeluarkan..Adakah jika saya ada anak kedua sah talak itu ataw talak itu sudah sah semasa saya ngandung...X silap sya kata itu sudah 2x dicakap olehnya

Jawapan

wassalam,
dalam kes ini, kata-kata yang suami anda ucapkan adalah satu ta’liq. Ini bermakna, apabila anda mengandung anak yang kedua sahaja, maka akan gugurlah talaq ke atas diri anda.
Oleh sebab anda telah mengalami 2 kali keguguran, ini bermakna sudah dua kali anda mengandung.
Oleh sebab itu, anda dan suami diminta supaya merujuk kes ini kepada pihak Mahkamah Syariah yang terdekat bagi mengenal pasti status lafaz yang pernah disebut oleh suami anda sebelum ini.
Ringkasnya, apakah dengan hamilnya anda buat kali kedua telah menyebabkan terjatuhnya talaq ke atas diri anda ataupun tidak masih menjadi pertanyaan lagi. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment