Thursday, October 11, 2012

Niat Korban Kepada Wakil Penyembelih


Soalan
mewakil lembu korban kepada penyembelih dan niat yang berkorban untuk tujuh bahagian
Jawapan
Waalaikumusalam,
Niat bagi mewakilkan lembu kepada penyembelih adalah seperti berikut:
Orang yang mewakilkan kepada penyembelih  berkata:
“Aku wakilkan atas diriku dan  tanggungan ku untuk menghasilkan penyembelihan qurban  sebanyak 7 bahagian ( diriku dan 6 bahagian keluargaku sebagaimana senarai nama)
Sementara Orang yang menerima wakil menjawab: “Aku terima sebagai wakil untuk menghasilkan penyembelihan qurban  sebanyak 7 bahagian sebagaimana nama tersebut.
(PERINGATAN: Orang yang menerima wakil hendaklah melaksanakan penyembelihan dan tidak boleh diserahkan tanggungjawab menyembelih kepada orang lain).Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment