Monday, October 1, 2012

PERLUKAH SAMAK KERETA

Soalan

Assalamualaikum.. ketika memandu kereta, sy terlihat bangkai anjing tepi jalan dan mengelak tapi tak pasti masih terkena bangkai anjing dan darahnya atau tidak. Sy takpasti keadaan jalan basah atau tidak. Esuknya abang sy telah memegang tayar kereta tersebut dan kemudian menyentuh kereta dan memegang pembuka pintu kereta. Perlukah sy samak kereta tersebut dan adakah sy perlu menyamak tangan sy jika tersentuh kereta dan memegang pembuka pintu kereta sy. ? terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Anda tidak perlu untuk sertu kereta tersebut kerana status najisnya masih belum dikenal pasti.
Oleh sebab status najisnya masih belum dikenal pasti, ia dihukumkan tidak najis kerana sebelum disyaki ia bernajis keadaannya adalah suci daripada najis tersebut.
Dari itu, oleh sebab kereta tersebut berada di dalam keadaan yang suci daripada najis sebelum abang anda memegangnya, maka ia masih dihukumkan sebagai benda yang suci sehinggalah ditemui terdapat najis padanya barulah ia dihukumkan najis.
Dari itu, ia tidak perlu untuk disertu. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment