Tuesday, October 30, 2012

Mengucapkan Dan Menjawab Salam

Soalan

assalammualaikum.apakah hukumnya menjawab salam terlebih dahulu sedangkan orang itu belumpun memberi salam?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Perkataan salam itu membawa maksud selamat/Doa.Cuba ucapkan Assalamualaikum, yang bermakna, sejahteralah kamu,lalu dijawab  oleh orang yang diajukan salam dengan lafaz  untuk mendoakan bagi orang yang telah memberi salam iaitu,waalaikumusalam warahmatullahi wabaratuh, yang bermaksud:Ke atas kamu juga keselamatan dan kerahmatan serta  keberkatan daripada  Allah SWT.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,andaikata anda menjawab salam sedangkan tiada orang yang memberi salam bagi tujuan untuk membalas salam itu seolah-olah perbuatan anda itu dianggap janggal dan di luar kebiasaan.Ini kerana panjang atau pendeknya  jawapan  salam itu akan  membawa kebajikan tertentu bagi pemberi salam.Perkara ini ditekan dalam sebuah  hadis baginda saw.
Justeru panel nasihatkan agar anda bersabar dan  tunggu sehingga ada orang beri salam baharulah dijawab salam berdasarkan kaedah yang telah disunnahkan oleh baginda saw.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment