Thursday, October 4, 2012

Hukum Menjual Al-Quran Kepada Orang Bukan Islam


Soalan
Assalamualaikum, Apakah hukum menjual AlQuran kepada bukan Islam yang telah kita ketahui bahawa beliau juga telah berniaga Al-Quran sebelum ini. Terima kasih

Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Hukum menjual Kitab Suci Al-Quran al-karim kepada orang bukan Islam adalah dilarang kerana keadaan diri mereka yang tidak berada di dalam keadaan yang suci daripada hadas (kecil dan besar). Sedangkan syarat untuk memegang dan menyentuh Kitab Suci ini mestilah mereka yang suci daripada kedua jenis hadas tersebut. Perkara ini dapat dilihat melalui firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Al-Quran, maksudnya:
“Yang tidak disentuh (Al-Quran) melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci (al-Mutatahharun)”.
[Surah Al-Waqiah56:79]

Oleh kerana mereka dilarang untuk memegang Kitab Suci ini, dengan itu mereka juga adalah dilarang untuk menjualnya.
Oleh yang demikian, bagi menjaga kesucian Kitab Suci Al-Quran al-karim masyarakat Islam diminta untuk melaporkannya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar perkara ini dapat disiasat dan disekat daripada berterusan. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment