Tuesday, October 30, 2012

Cerai Lafaz Tidak Jelas

Soalan

suami sy curang dan ingin berpoligami walaupun tidak mampu dr segi adil dan ekonomi serta sering menganiaya sy dan anak,sy telah memaksa suami lafaz cerai dgn mengugut utk mencederakan diri. tapi dlm kekecohan suami berkata sy dah lafazkan td dimana sy tidak mendengari langsng lafaz tersebut.ada saksi tp bila sy tny dia hanya mendiamkan diri.saksi tersebut tinggal disarawak dan suami tidak mahu memberi no tepon utk menghubungi saksi.apa yg perlu saya lakukan?perlu dftr cerai mhkmh kah?

Jawapan

dalam kes ini, anda diminta supaya merujuknya kepada pihak Mahkamah Syariah yang berdekatan dengan tempat anda. Sila dapatkan pengesahan daripada pihak mahkamah mengenai dakwaan suami anda yang menyatakan beliau telah melafazkan talaq ke atas diri anda.
Dalam pada itu, Panel menasihatkan supaya anda tidak mengambil tindakan yang terburu-buru di dalam mencari jalan keluar daripada masalah yang sedang dihadapi. Gunakanlah segala peruntukan undang-undang yang terdapat di dalam undang-undang keluarga Islam yang sedang diguna pakai di negara ini.
Sila berhubung dengan pegawai di Unit Runding Cara Keluarga yang terdapat di Pejabat Agama Daerah yang berdekatan untuk dapatkan nasihat mengenainya.
Panel doakan semoga segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Ingatlah bahawa talaq adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment