Tuesday, October 30, 2012

Tentang Kemusykilan Hal Penceraian

Soalan

Salam...saya nk thu adakah saya dan suami msh suami isteri lg kerana kami bertengkar dan suami saya tlh sebut "kau diam kalu xdiam aku cerai kau"jd secara x langsung saya msh lg cakap...adakah saya sudah pun bercerai....trims ksh.... r

Jawapan

Waalaikumusalam,
Menurut Akta / Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam di Malaysia  hari ini sama ada yang digunapakai di Wilayah Persekutuan @ di negeri-negeri lain .Sesuatu pengesahan perceraian dan rujuk itu hanya boleh diketahui setelah perkara ini dibawa ke Mahkamah syariah yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.
Justeru panel nasihatkan agar anda berdua pergi dengan kadar segera ke mana-mana  Mahkamah Syariah yang  berhampiran untuk mendapatkan pengesahan kedudukan perceraian anda.Ini kerana hanya Mahkamah Syariah sahajalah yang mempunyai autoriti untuk memutuskan status anda.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment