Soalan
ustaz saya mandi wajib dan tiba2 terkencing apakah hukum mandi wajib saya itu sah atau tidak.pohon penjelasan nya
Jawapan
Dalam masalah ini, mandi wajib yang anda lakukan adalah sah. Hal ini adalah kerana buang air kecil ataupun kencing tidak menyebabkan anda berada di dalam keadaan hadas besar.Oleh itu, terkencing semasa mandi wajib tidak menyebabkan anda berhadas besar kembali. Ia hanya membatalkan wudhu’ sahaja.
Oleh sebab itu, dalam keadaan seperti ini anda perlu berwudhu’ semula sekiranya selepas mandi anda ingin mengerjakan solat. Wallahu 'alam
No comments:
Post a Comment