Soalan
Salam. kerja sy melibatkan travelling.skrg sy berniat menukar pekerjaan
kerana mendapat tahu bos saya terlibat dalam rasuah (tidak dihebohkan).
sy telah mendapat pekerjaan baru dan memberi alasan masalah dalam proses
claim untuk berhenti. bos sy tidak benarkan dan tawarkan sy bekerja
dalam pejabat sahaja & tidak menukar jwtn sy bagi membolehkan sy
mendapat elaun kenderaan. adakah ia halal kerana jika bekerja di pejabat
sy tdk layak mendapat elaun kenderaan. sy perlu keputusan segera.terima
kasih
Jawapan
Waalaikumussalam w.b.t
saudara yang dirahmati Allah swt
Sekiranya anda mengetahui majikan anda melakukan atau mengamalkan rasuah maka anda wajib melaporkan kepada pihak yang berkuasa. Berdiam diri adalah dikira bersubahat dengan perbuatan majikan tersebut.
Anda yang berkerja di tempat tersebut tidak dikira berdosa dan pendapatan tersebut adalah halal kerana yang melakukan rasuah tersebut adalah majikan anda sahaja. Mendapat dan diberi elaun kenderaan itu adalah satu kemudahan yang telah diberikan oleh majikan anda dan boleh menggunakan elaun tersebut.

No comments:
Post a Comment