Tuesday, October 30, 2012

PEMBAHAGIAN SAMA BANYAK HARTA PUSAKA

Soalan

assalamualaikom tuan guru..apakah hukum jika harta pusaka dibahagi sama banyak tak kira anak lelaki dan perempuan adik beradik setuju nak bahagi sama banyak....adakah tetap berdosa atau derhaka kepada ALLAH..sebab tak ikut perintah ALLAH SUROH (AN-NISAK AYAT 11)...MOHON PENJELASAN...

Jawapan

Waalaikumussalam,
Menurut Islam pembahagian harta pusaka boleh dilaksanakan mengikut  dua cara  iaitu:
1.Pembahagian melalui faraid
2.Pembahagian sama rata setelah mendapat persetujuan adik beradik bagi mengelakkan perpecahan.
Agama Islam tetap mengiktiraf cara pembahagian sama rata , sebagaimana yang telah panel nyatakan  pada nombor dua.Ini tidak bermakna anda membelakangkan hukum Allah dan derhaka TerhadapNya.
Ulamak  Fekah telah berbahas perkara ini secara panjang lebar,akhirnya mereka bersetuju untuk menerima pakai kaedah pembahagian sama rata demi ikatan persaudaraan dan kekeluargaan sama adik beradik.Jesteru sesuailah dalam Firman Allah  yang bermaksud:
"Berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah (agama Allah) dan janganlah kamu bercerai berai....."
Berdasarkan mafhum ayat ini jelaslah bahawa menjaga tali silaturrahim sesama adik beradik dan orang Islam itu adalah wajib.Justeru kaedah pembahagian  harta pusaka melalui cara ini dibenarkan oleh Islam Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment