Thursday, October 11, 2012
Ketagih Melancap Atau Onani
Soalan
bolehkan tuan jelaskan hukum orang dah tahu hukum onani atau melancap tetapi tetap melakukannya kerana tidak tahan dengan desakan nafsu syahwat tapi untuk pengetahuan dalam proses berhenti melakukan onani?
Jawapan
Waalaikumusalam,
Hukum melakukan onani @ melancap itu adalah haram.Panel tegaskan bahawa ia perlu segera bertaubat kepada Allah dengan melakukan taubat Nasuha (sungguh-sungguh).
Islam menyediakan kaedah yang paling praktikal untuk berhenti onani iaitu dengan cara bernikah jika beliau benar-benar mampu dari segi kewangan,sekiranya tidak mampu hendaklah ia berpuasa @ melakukan kerja-kerja sosial agar ia tidak terlalu menumpukan kepada syahwat.Kurangkan memakan makanan yang mengandungi daging merah seperti lembu,kambing,biri-biri dan kerbau.sentiasa amalkan zikir kepada Allah.
Sekiranya kaedah ini diikuti sepenuhnya maka sedikit demi sedikit penyakit ketagih onani ini akan dapat dikurangkan seterusnya kembali kepada keadaan normal.Wallahu a'alm.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment