Soalan
Assalamualaikum, dimanakah boleh saya membayar kifarah secara tunai?
Saya pernah cuba untuk membayarnya di Pusat Zakat negeri tetapi
malangnya pegawai bertugas menyatakan yang ianya tidak boleh di bayar di
pusatnya dan tidak tahu alternatif lain dimana saya boleh membayarnya.
Saya tidak mampu untuk berpuasa selama 60 hari berturut-turut dan tidak
tahu bagaimana hendak mencari dan memberi makan kepada 60 orang fakir.
Mohon sangat bantuan dari ustaz kerana tidak sanggup menanggung beban
dosa ini
Jawapan
Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Denda kaffarah berpuasa 60 hari berturut-turut wajib dilaksanakan, walaubagaimanapun sekiranya tidak mampu disebabkan masalah kesihatan yang telah disahkan oleh doktor kesihatan maka anda boleh membayar atau mengeluarkan jumlah makanan kepada 60 orang fakir miskin. Saudara boleh meminta pertolongan dari orang yang berada di kampung pedalaman atau meminta bantuan dengan Pejabat Agama Islam atau Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mendapatkan senarai atau nama orang-orang yang dikategorikan sebagai yang golongan miskin.
Wallahua'lam

Kadar bayaran kifarah ini bersamaan satu cupak atau kadar zakat fitrah. Boleh ustaz terangkan cara pengiraannya kerana saya kurang jelas dlm hal ini sementara cara pengiraan fidyah saya tahu. Wassallam
ReplyDelete