Monday, October 1, 2012

Solat Sunat Rawatib Yg Terlambat

Soalan

Assalamualaikum Wbt ustaz, soalan saya, 1)Bila kita terlambat (bukan sengaja) utk solat zohor atau asar, masih bolehkah kita solat sunat 2rakaat sebelum solat fardu itu? (katakan saya solat zohor pd jam 3.30 ptg dan asar jam5.30ptg). 2) Apakah hukumnya bila kita tersalah baca surah (selepas Alfatihah); adakah batal solat kita itu? 3) Apakah hukum nya jika seseorg itu setiap hari tidak mahu (kerana malas nak belajar dan afal) membaca doa qunut dlm solat subuh?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Dalam keadaan ini, anda masih boleh mengerjakan solat sunat tersebut. apa yang penting, untuk mengerjakan solat sunat tersebut anda mestilah masih belum mendirikan solat fardu Zohor dan juga Asar.
Ringkasnya, pukul berapa anda dirikan solat Zohor ataupun Asar tidak menjadi syarat untuk mengerjakan solat sunat tersebut.

2.         Hukum tersalah membaca surah yang dibaca selepas membaca Surah Al-Fatihah adalah tidak membatalkan solat yang sedang didirikan.
Hal ini adalah kerana bacaan tersebut tidak menjadi rukun di dalam solat.
Oleh itu, jika tersalah ia tidak menjejaskan solat yang didirikan. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment