Soalan
Soalan saya,Syarikat tmpt saya bekerja adalah sbg  vendor.Dan syarikat 
ada melantik kontraktor bagi menjalankan kerja.Sebagai pekerja saya 
melaksanakan tugas seperti biasa dan dlm pd masa yg sama saya membantu 
kontraktor ini membuat kerja mereka ( sepatutnya kerja itu  kontraktor 
punya tanggungjawab).Mereka meminta saya membantu atas alasan mereka 
tiada pekerja mahir.Saya telah dibayar oleh syarikat kontraktor ini 
tanpa syarikat saya tahu.Apakah hukum dan status duit yang saya peroleh 
itu? 
Jawapan
 Dalam kes ini, duit yang anda perolehi daripada syarikat kontraktor 
tersebut adalah halal dengan syarat tugasan yang dilakukan untuk 
syarikat itu tidak dilakukan semasa anda sedang bertugas dengan majikan 
anda.
Hal ini disebabkan oleh kerana waktu kerja anda telah dibayar oleh majikan dan dengan itu anda adalah terikat dengannya dan tidak boleh mencampurkan tugasan yang telah dibayar dengan tugasan yang tidak ada kena mengena dengan kerjaya anda.
Walau bagaimanapun, jika anda mendapat kebenaran daripada majikan untuk melakukan tugasan syarikat tersebut, maka tiada larangan untuk anda melakukannya dan duit yang diterima juga adalah pendapatan yang halal. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment