Tuesday, October 30, 2012

Daging Qurban Dan Daging Aqiqah

Soalan

1. Seseorang yang membuat Qurban pada hari raya qurban boleh tak dia mengambil daging qurban tersebut untuk dibuat masakan untuk keluarganya.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum  melaksanakan korban itu adalah sunat muakkad (sunat yang sangat-sangat dituntut oleh ugama).Malah korban itu terbahagi kepada dua iaitu:
1.Korban Sunat - Sunat makan daging korban terutama hati binatang korban bagi tujuan mendapat keberkatan
2.Korban Wajib/Nazar- Haram makan daging korban.Jika termakan wajib ganti dengan kadar yang telah dimakan.
Daging korban sunat ,perlu diambil oleh peserta korban 1/3, manakala 1/3 lagi disedekahkan kepada fakir miskin,manakala 1/3 lagi diberikan kepada orang yang berada.
Sebagai contoh jika setelah dilapah dan ditimbang keseluruhan daging bagi 1 ekor lembu korban dapat 84 kilogram,ia  tidak termasuk tulang,maka  setiap peserta korban dapat 12 kilogram ,kemudian anda hanya berhak ambil 1/3 daripada 12 kilogram bersamaan 4 kilogram .Ini yang perlu untuk anda masak manakala 8  kilogram lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan orang yang berada.
Panel tegaskan bahawa ,pastikan korban yang anda lakukan itu korban sunat dan bukannnya korban wajib/nazar.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment