Tuesday, October 30, 2012

Sah Atau Tidak Solat

Soalan

Assalamualaikum... Ketika mengerjakan solat subuh tiba-tiba ada cecair yang keluar dari alat sulit tetapi saya ingat air tersebut adalah air mutlak selepas membasuh alat sulit selepas membuang air kecil... selepas selesai solat subuh saya periksa air tersebut adalah air mazi.. bagaimanakah solat saya adakah solat saya sah atau tidak? Mohon pihak tuan atau puan perjelaskan perkara tersebut?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, solat yang anda dirikan adalah tidak sah kerana terdapatnya najis pada tubuh anda (air mazi adalah najis). Oleh itu, anda perlu mengqadha’kan solat fardu Subuh tersebut. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment