Soalan
As Salam...Saya telah check handfon suami,dan saya dapat tahu dia masih
berhubungan dgan kekasih lamanya yg kini bersatus janda anak
satu..kekasihnya tu seorang guru,setiap kali raya tanpa pengetahuan
saya,kekasihnya dtg ke rumah mentua..kluarga mtua mcam tak kisah dgan
hbungan mereka...oleh kerana itu suami malu dgan tindakan sya membalas
msg kpda kekasihnya,saya cuma ingin bertanya jika mereka suka sama
suka,saya redha...saya tak nak paksa suami saya untuk menyukai saya
kerana terpaksa...
Jawapan
waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Dalam hal ini, puan perlu kuat apabila berhadapan dengan situasi suami. Isteri mana yang tidak marah apabila suami yang disayangi mempunyai hubungan dengan wanita lain. Puan boleh berterus terang dengan suami dengan cara yang leih baik dan berkomunikasi dengan cara yang lebih berkesan.
Adalah lebih baik puan mendapatkan sumber nasihat dan mencari orang ketiga di mana orang itu adalah orang yang sangat dihormati oleh suami anda. Orang yang dipercayai itu boleh menasihati suami berkaitan masalah tersebut.
Perceraian bukan jalan penyelesaian, berdoalah kepada Allah agar diberikan kebahagiaan dalam rumah tangga. janganlah sesekali jemu dan berputus asa memohon pertolongan dari Allah swt. Hiasi diri dan perbaiki diri demi suami. Berusahalah untuk meraih kasih sayang suami agar kembali kepada anda dan keluarga.

No comments:
Post a Comment