Soalan
Salam .. saya sudah tidak duduk sebumbung dengan keluarga kerana ade
perselisihan faham .. ayah saya telah mengirimkan satu SMS kepada teman
lelaki saya supaya berpesan pada saya "andai kata suatu hari nanti saya
mahu bernikah , bapa saya tidak mahu mewalikan saya .. bapa saya jugak
sudah anggap saya mati dan tidak wujud di dunia ini lagi .. apa yang
harus saya lakukan ??
Jawapan
Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Perselisihan antara anak dan orang tua tidak perlu berpanjangan. Berdosa bagi seorang anak sekiranya membuatkan hati ibu dan ayah kecewa. Merekalah yang melahirkan dan membesarkan serta memberi pendidikan dan perlindungan sehingga menjadi manusia yang sempurna.
Hubungan anak dan kedua orang tua tidak terputus, ia hubungan darah. Untuk mendapat redha Allah maka usahakan untuk mendapat redha kedua ibu bapa terlebih dahulu.
Andai ibu bapa berkecil hati dengan anak-anak lekaslah memohon maaf, hidup pasti tidak mendapat ketenangan, sentiasa gusar dan sentiasa mendapat masalah. Anak-anak yang bahagia dunia dan akhirat adalah anak-anak yang sentiasa mengharapkan dan mendapat restu dan redha kedua ibu bapanya.
Suatu hari kita akan menjadi ayah dan ibu kepada anak dan sudah pasti kita inginkan anak-anak itu menghormati dan menyayangi kita sehingga kita menemui ajal.
Panel menasihatkan agar berbaiklah dengan kedua ibu bapa, hanya dengan kasih sayang ibu bapalah hidup kita akan sentiasa diberkati oleh Allah swt.

No comments:
Post a Comment