Soalan
saya dan suami sering bertengkar dan suami sering menyebut perkataan
cerai.antrnya,esok kita ke pej agama dan brcerai.dan suami juga pernah
berkata 'kau kemaskan barang2 kau dan keluar dr rumah ni,itu yang kau
suka kan,aku ceraikan kau.dlm kejadian lain suami berkata 'mulai dr saat
ini,hari ini aku takkan sentuh kau.ini yang kau mahu kan?aku ceraikan
kau'.Diantra 2 kejadian trsbt suami ada melafazkannya 2x dlm 1
kejadian.Namun saya tdk pernah ke pej agama krn tdk diizinkan.apa status
hubgn kami?
Jawapan
Berasaskan kepada maklumat yang terdapat di dalam soalan, kata-kata
atau perkataan yang diucapkan oleh suami anda adalah termasuk di dalam
kata-kata atau lafaz cerai yang sarih. Dari itu, anda telah diceraikan
oleh suami anda.
Oleh itu, sila rujuk kes ini kepada Mahkamah Syariah yang berdekatan dengan anda untuk dapatkan pengesahan mengenai status hubungan anda dengannya. Bersegeralah dan jangan bertangguh lagi.
Elakkanlah daripada terjadinya zina di antara anda berdua kerana bimbangkan talaq yang telah terjatuh ke atas diri anda sudah melebihi 3 kali kesan daripada berulangnya kejadian yang sama. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment