Wednesday, October 3, 2012

Berimiginasi Seks Seseorang Yang Dilihat

Soalan

assmlkum ustaz saya ada sedikit persoalan yg mbelenggu saya.sy dikategorikan kuat seks.sy suka berimiginasi seks ttg org lain kdg2 tu mak ayh pun sy boleh pikir mcm mn mrk melakukn seks.tak kiralah dengan sesiapa pun asal terlintas difikiran.sy pun x fhm knp jd mcm 2 kdg2 malu dgn diri sndr terasa mcm sy ni teruk sgt hakiktnya sy seorg yg pemalu n pendiam.kdg2 bertalu2 sy beristiqfar bila tiba2 terfikir hal itu.adakah berdosa saya berfikiran mcm tu padahal bukan ada niat nak melakukannya pun.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Penyakit hati dan gelodak jiwa perlu diubati kerana ia dibimbangi akan memakan diri suatu masa nanti.
Panel menasihatkan agar saudara menjaga diet atau pemakanan dengan mengelakkan mengambil makanan yang bersumberkan daging dengan jumlah yang banyak, pedas, kari atau sebagainya. Saudara boleh mendapatkan maklumat mengenai sumber makanan yang boleh menyumbang kepada meningkatakan daya seks seseorang.
Amalkan membaca ayat-ayat al-Quran dan amalkan mendirikan solat dhuha. Insyaallah dengan usaha sebegini dapat membantu saudara dari sentiasa berkhayal dan memikirkan hal-hal yang berkaitan nafsu syahawat.
Elakkan dari sebarang bahan bacaan, menonton television yang berunsur lucah atau sebagainya.
Sekiranya anda sudah layak mendirikan rumah tangga maka itu adalah jalan yang terbaik buat anda.
Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment