Soalan
Asalamualaikum ustaz apakah hukum nya seseorang itu yang suka membohong ?
dan
Siapakah orang munafiq ?
dan
Siapakah orang munafiq ?
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Di dalam Islam, hukum berbohong adalah berdosa dan ia adalah sifat keji yang perlu dijauhkan oleh setiap individu muslim. hal ini adalah kerana orang yang suka berbohong adalah tergolong di dalam golongan orang yang munafiq.
Orang munafiq ataupun hipokrit adalah segolongan umat Islam yang hidup berpura-pura dan suka menyembunyikan sifat-sifat kekufurannya di dalam hati.
Oleh sebab bahayanya golongan ini kepada masyarakat Islam, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam telah menerangkan sifat-sifat atau ciri-ciri orang yang munafiq di dalam hadithnya. Dengan pendedahan ini, semoga ia dapat dikenali dan menjadi ingatan kepada setiap individu muslim supaya menjauhkan dan tidak menjadikan sifat-sifat tersebut sebagai sifat yang subur di dalam hati mereka. Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda; "Tanda atau sifat orang munafik ada tiga: bila bercakap, ia berdusta; bila berjanji ia mungkiri, dan apabila diberi kepercayaan (amanah), ia khianat."
(Hadith riwayat Muttafaqun 'alaih).
Ringkasnya, sifat orang munafiq ada tiga, iaitu:
1. Menipu.
2. Mungkir janji.
3. Pecah amanah.
Oleh yang demikian, sebagai seorang muslim yang sejati kita perlu menjauhkan ketiga-tiga sifat mazmumah (keji) di atas agar kita dapat hindarkan daripada tergolong di dalam golongan orang munafiq.
Semoga dengan penjelasan yang sedikit ini dapat mengingatkan diri kita supaya lebih berhati-hati di dalam menjaga sikap dan perbuatan kita agar sifat-sifat orang munafiq tidak terdapat di dalam diri kita. Disebabkan itu, kita beroleh reda dan rahmat dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment