Tuesday, October 30, 2012

Bernazar Untuk Menyembelih Lembu

Soalan

Assalamualaikum . Semasa saya sakit , saya telah bernazar apabila sembuh saya akan menyumbang seekor lembu pada majlis perkahwinan adik saya sebagai tanda kesyukuran .

Soalannya :
1. adakah syarat2 lembunya same seperti lembu yang dkorbankan pada sambutan hari raya korban seperti cukup umur , sihat dan sebagainya kerana saya bernazar untu menyumbang bukan korban dan majlisnya pun bukan pada tarikh hari raya korban

2.bolehkah jemputan yang bukan islam memakannya ?

harap dibalas .

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam hal ini, lembu yang boleh anda gunakan untuk menunaikan nazar tersebut adalah tidak terikat dengan syarat tersebut. Akan tetapi, jika anda ingin mengikutinya ia adalah lebih baik.
Hal ini adalah kerana di dalam syarat atau ciri-ciri tersebut, ia sebenarnya bagi dijadikan panduan untuk memilih hanya daripada haiwan-haiwan yang sudah matang dan mempunyai kandungan daging yang baik untuk disedekahkan kepada orang yang berhak menerimanya.
Oleh itu, jika anda ingin menggunakan syarat tersebut sebagai panduan untuk anda memilih haiwan yang ingin dijadikan sebagai haiwan bagi melaksanakan nazar tersebut, ia adalah lebih baik.
Ringkasnya, berilah sesuatu yang mempunyai nilai dan mutu yang tinggi di dalam melaksanakan sesuatu ibadat. Semoga nazar anda diterima Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan ganjaran kesihatan yang sedang anda nikmati akan berpanjangan. Insya’ Allah. Wallahu 'alam

No comments:

Post a Comment