Monday, October 1, 2012

Makan Makanan Yang Dimasak Orang Bukan Islam

Soalan

assalamualaikum,saya seorang pelajar ipta dan menyewa rumah bersama kawan bukan islam, dia menganut kristian.dia selalu masak dan memberi kami serumah makan. semasa tinggal serumah dia tidak memakan makanan haram seperti daging babi.di sini saya ingin bertanya apakah hukum makan makanan yang dimasak orang bukan islam?dan bagaimana pula hukumnya dengan perkongsian peralatan makanan seperti pinggan sudu dan sebagainya?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, anda dan rakan-rakan serumah anda yang lain (muslim) dibolehkan untuk memakan masakan tersebut dengan syarat ia tidak dicampurkan dengan bahan masakan yang dihukumkan haram seperti daging babi, arak, alkohol atau sebagainya.
Mengenai perkongsian peralatan dapur seperti pinggan, mangkuk, sudu dan sebagainya, ia dibenarkan dengan syarat peralatan tersebut tidak digunakan untuk menghidang atau mengisi bahan makanan yang najis.
Ringkasnya, jika peralatan tersebut suci daripada najis yang dilarang di dalam Islam, ia boleh digunakan bersama. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment