Monday, October 15, 2012

Berniat Melaksanakan Korban

Soalan

Assalamualaikum.sy ingin bertanya.sy ada berniat@berkata kepada diri sendiri "kalau ada rezeki lebih pd tahun ini, sy ingin melakukan korban"..ada kah itu dikira bernazar? dan sekiranya sy ingin melaksanakan ibadah korban tersebut.adakah sy perlu korban seekor lembu@bolehkah sebahagian sahaja?Utk pengetahuan, sy tidak mengucapkan utk berkorban dgn seekor@sebahagian lembu cuma ada terfikir-fikir utk seekor lembu kalau cukup wang tapi kalau tidak cukup, bolehkah sy korban sebahagian shj?T'kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, kata-kata dan niat anda untuk membuat korban tidak dianggap sebagai satu nazar. Dari itu, ibadat korban tersebut juga tidak menjadi satu amalan yang wajib anda lakukan.
Jika anda ingin membuat korban, anda boleh memilih sama ada hendak berkorban dengan seekor lembu ataupun mengambil hanya sebahagian sahaja daripada seekor lembu tersebut. Ringkasnya, anda boleh memilih salah satu daripada dua kaedah di atas. Jika peruntukannya sedikit, adalah lebih sesuai mengambil satu bahagian daripada seekor lembu dan jika peruntukannya banyak, adalah lebih baik sekiranya anda berkorban dengan seekor lembu. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment