Tuesday, October 30, 2012

Ibadah Korban Dan Jarak

Soalan

benarkah ada pendapat mengatakan tidak boleh membawa pulang daging sembelihan melebihi 3 batu.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Setakat yang panel tahu,tidak ada sebarang nas/dalil yang  sahih, melarang   seseorang untuk membawa pulang daging sembelihan korban  melebihi daripada 3 batu.Malah di Mekah ketika sembelihan daging korban di perkhemahan muassim semasa musim haji pun jika hendak dikira jarak antara  tempat melontar ke Mekah lebih daripada 3 batu tetapi daging korban yang disembelih tetap diagihkan kepada penduduk sekitar Mekah.Jika terdapat larangan dari sudut agama, besar kemungkinan Kerajaan Saudi tidak akan berbuat sedemikian.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment