Friday, October 12, 2012

Hukum Membeli Makanan Untuk Majikan Bukan Islam

Soalan

Salam, apa hukumnya membeli makanan untuk majikan bukan islam dari duit yang di beri olehnya. Dan beli makanan di kedai bukan islam (isi makanan tersebut mempunyai daging babi). minta penjelasan. terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Hukum membeli makanan kepada majikan menggunakan duitnya adalh harus kerana adanya konsep tolong-menolong. Namun membeli barangan yang haram dan boleh menimbulkan fitnah kepada agama Islam dan caranya itu seolah tidak menghormati sensitiviti umat Islam maka kita dilarang untuk membeli makanan yang diharamkan untuk orang Islam.

No comments:

Post a Comment