oalan
Assalamualaikum.. saya ingin bertanya, adakah boleh untuk kerap
menggunakan bilik air masjid/surau untuk mandi yang mana bilik air itu
cuma dikhususkan kepada orang yang ingin menunaikan solat.....
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, seseorang itu diharuskan untuk menggunakan kemudahan bilik air yang terdapat di sesebuah masjid sebagai memenuhi keperluan dirinya dengan syarat ia telah mendapat kebenaran/izin daripada ahli jawatankuasa masjid tersebut.
Selain itu, Panel merasakan adalah lebih baik sekiranya mereka yang sentiasa menggunakan bilik air di masjid untuk mandi menyumbangkan sedikit wang ringgit bagi tujuan membayar bil air di masjid tersebut.
Ringkasnya, jadikanlah masjid sebagai tempat untuk menghampirkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan bukan dijadikan sebagai tempat untuk memenuhi keperluan diri seperti mandi dan sebagainya.
Ia adalah rumah Allah, semoga para jema’ah lebih bertanggungjawab menggunakan kemudahan yang terdapat di dalamnya. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment