Tuesday, October 30, 2012

Cara Mandi Wajib Yang Sah

Soalan

asalamualaikum uztaz...adakah sah mandi wajib kita dengan situasi berikut:-
sesaorang mandi wajib menggunakan air kolam yg tidak mencapai dua qolah dan pada ketika yang sama air yang digunakan termasuk ke dalam kolam dengan tidak sengaja..tolong jelaskan yang arif,terima kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Mandi wajib dalam keadaan tersebut adalah tidak sah. Hal ini adalah disebabkan air yang digunakan untuk mandian tersebut bukan air mutlak lagi kerana telah bercampur dengan lebihan air mandiannya.
Ringkasnya, untuk mandi wajib air yang digunakan mestilah air yang mutlak sedangkan dalam keadaan di atas air yang terdapat di dalam kolam tersebut sukatannya adalah kurang daripada 2 kolah dan bercampur pula dengan air musta’mal (lebihan mandi wajib). Keadaan ini telah menyebabkan air dalam kolam tersebut menjadi air musta’mal dan bukannya air mutlak lagi. Atas sebab inilah mandian tersebut menjadi tidak sah. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment