Soalan
assalamualaikum..solan saya..boleh atau tidak harta pusaka pusaka
diagihkan tidak mengikut sistem faraid.. soalan kedua..bagaimanakah
cara utk qadha puasa ramadhan yg telah lama ditinggalkan.
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam persoalan pengagihan harta pusaka, umat islam adalah digalakkan supaya menggunakan kaedah pengagihan harta pusaka yang telah dianjurkan oleh islam, iaitu Fara’id. Melaluinya pembahagian tersebut adalah lebih adil dan memenuhi tuntutan di dalam kehidupan seorang muslim.
Walau bagaimanapun, jika hendak mengambil jalan atau cara yang lain, islam adalah tidak menghalangnya asalkan pembahagian tersebut dilakukan secara adil dan telah mendapat persetujuan daripada semua ahli waris yang terlibat.
Sila rujuk kepada Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut.
Mengenai puasa ramadhan yang telah lama ditinggalkan, ia wajib diqadha’ mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan. Di samping itu, anda juga dikenakan fidyah puasa kerana sudah terlambat mengqadha’kannya.
Setiap hari yang masih belum diqadha’kan lagi akan dikenakan fidyah sebanyak 1 cupak beras (675 gram). Bayaran fidyah ini boleh anda jelaskan di Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang berhampiran dengan rumah anda.
Panel menasihatkan supaya anda bersegera untuk mengqadha’ puasa tersebut demi menunaikan kewajipan anda sebagai seorang muslim. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment