Wednesday, January 2, 2013

Bacaan Solat Sunat Duha

Soalan

Asalamualaikum, saya ingin bertanya, bolehkah surah lain dibaca bagi menggantikan surah al-dhuha ketika menunaikan solat sunat duha seperti dengan membaca ayat kursi?
adakah tasbih lain yang boleh dibaca semasa sujud akhir?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai solat rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala keberkatan dalam kehidupannya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Solat ini yang paling banyak  dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Waktu Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Cara Mengerjakan Solat Dhuha
Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat.
1.  Niatnya:
.
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i. Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau
ii.  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii.  Al-lail dan Al-Insyirah.
b. Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat.
i.  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii. Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kal
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
.
5.  Berdoa
Semuga anda mampu lakukan solat ini dengan baik dan berkesan.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment