Wednesday, January 2, 2013

Solat Waktu Malam

Soalan

asalamualaikum,saya ingin bertanya mengenai solat pada waktu malam.
bolehkah kita mengerjakan solat sunat lain (seperti solah hajat,solat sunat taubat, dll.) pada waktu mlm setelah terjaga dari tidur tapi tidak mengerjakan solat sunat tahajjud?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Menurut sirah para rasul  dan   para pendokong   mazhab yang empat iaitu iamam Abu Hanifah,Imam Malik,Imam Shafie dan Imam Ahmad bin Hanbal, mereka tidak pernah meninggalkan untuk menunaikan solat sunat malam atau lebih dikenali dengan Qiamullail.
Sebaik-baiknya Anda boleh menunaikan solat sunat  malam seperti susunan berikut:
1.Solat sunat Tahajjud
2.Solat Sunat Hajat
3.Solat sunat Taubat
4.Solat Sunat tasbih dan ditutup dengan
5.Solat Sunat Witir
Panel cadangkan agar anda cuba amalkan solat sunat ini, kerana fadilat dan kelebihan amat tinggi dan ganjaran amat istemewa diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang mengerjakannnya.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment