Wednesday, January 2, 2013

Tayar Motor Yang Terkena Najis Berat

Soalan

saya ad terlanggar bangkai anjing semasa menunggang motor.beberapa hari kemudian, sewaktu saya sedang mengepam tayar motor trsebut saya tersentuh tayar motr tersebut dan tayar tersebut dalam keadaan basah.adakah tangan saya terkena najis tersebut dan adakah perlu disertu?

Jawapan

Dalam kes ini, jika pada tayar tersebut sudah tidak kelihatan lagi bangkai anjing tersebut, maka bolehlah ia dianggap sebagai telah hilang kesan daripada geselan tayar tersebut dengan permukaan jalan semasa anda menunggangnya.
Ringkasnya, tangan anda yang menyentuh tayar tersebut adalah tidak dihukumkan najis dengan syarat padanya tidak terdapat lagi sebarang kesan atau saki baki bangkai anjing tersebut. Wallahu 'alam.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..Dalam kes saya pula..Selepas hujan, saya melalui jalan yang di tepinya ada najis yang tidak pasti daripada babi atau najis lain..Air tersebut mengalir dari tempat adanya najis ke tepi jalan dan saya melaluinya..Sebelum ni saya ada nampak babi berkeliaran kat situ..Bagaimana dengan percikan air daripada tayar motor tersebut yang terkena pada saya? Mohon penjelasan..

    ReplyDelete