Saturday, January 5, 2013

Sembahyang Berjemaah

Soalan

Salam,

Saya ingin mengetahui mengenai lanjut tentang sembahyang jemaah, saya mengikuti sembahyang Zohor di sebuah masjid namun saya terlepas rakaat pertama dan mula sembahyang pada rakaat kedua.
Persoalannya mengenai tahiyiat awal dan akhir sahaja..adakah sya patut membaca tahiyiat awal sedangkan pada rakaat kedua itu saya baru saha rakaat pertama.. Terima kasih.

Jawapan

Wassalam,
Dalam kes ini, anda adalah dikira sebagai jema’ah yang masbuk (terlambat untuk dapat takbir pertama bersama imam). Oleh itu, raka’at kedua bagi imam adalah raka’at pertama bagi anda.
Walaupun begitu, semasa imam duduk membaca tahiyat awal, anda juga perlu duduk tahiyat awal dan membaca bacaan dalam tahiyat tersebut sebagaimana imam membacanya.
Dalam raka’at berikutnya, lakukanlah sebagaimana imam lakukan sehinggalah imam duduk tahiyat akhir dan membaca bacaan di dalam tahiyat akhir tersebut. namun, anda hanya perlu membaca bacaan tahiyat awal sahaja di dalam duduk tersebut.
Apabila imam memberi salam yang kedua, niatlah mufarrakah daripada imam dan teruskan solat anda dengan menambah lagi satu raka’at yang masih kurang (sebab anda masuk berjema’ah semasa imam raka’at kedua). Lakukanlah seperti mana raka’at yang lain sehingga duduk tahiyat akhir dan anda perlu membaca bacaan tahiyat akhir tersebut sehingga selesai dan berilah salam untuk akhiri solat tersebut.
Ringkasnya, dalam solat tersebut anda akan membaca tahiyat sebanyak 3 kali, iaitu membaca tahiyat awal sebanyak 2 kali dan tahiyat akhir sebanyak satu kali pada akhir solat tersebut.
Untuk penjelasan lanjut, sila dapatkan buku panduan mengerjakan solat yang boleh anda dapatkan di kedai-kedai buku agama di tempat anda. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment