Soalan
saya keliru, boleh ke kita baca surah lazim selepas surah al-fatihah
tidak mengikut susunan dalam AlQuran kerana ada seseorang mengatakan
yang jika kita tidak baca surah lazim selepas Al-Fatihah dengan tidak
mengikut susunan dalam AlQuran hukumnya makruh....Betul ke dan mengapa?
Jawapan
Waalaikumusalam,
Memang benar hukumnya makruh jika kita baca surah selepas fatihah dalam solat tidak ikut susunan juzuk sebagaimana yang telah disenaraikan di dalam al-Qur'an.
Oleh hal yang sedemikian adalah tidak berdosa jika anda berbuat sedemikian disebabkan kurang ilmu.Cuma amalan anda itu sebenarnya tidak ikut tertib sebagaimana yang telah disusun oleh ulamak dalam bidang ulumul al-Qur'an.
Justeru sebagai panduan panel nyatakan di sini susunan yang menjadi kelaziman untuk surah-surah dalam ayat lazim yang bermula dari surah addhuha,anNasrah,Attin sehinggalah anNas.Panel harap anda ikutlah tertib sebagaimana yang telah disusun dan diselaraskan oleh ulamak yang begitu arif dan pakar dalam bidang ilmu al-Quran.Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment