Wednesday, January 2, 2013

Yang Mana Harus Diberi Keutamaan Diantara Solat Sunat Tahyatul Masjid/qobliah Ketika Khatib Sedang Membaca Khotbah

Soalan

Assalamualaikum ustaz,

Mengikut JAIS,apabila masuk masjid tatkala khotbah dibacakan,seorang hanya perlu solat qobliah Jumaat.Ada setengah pendapat mengatakan solat tahyatul masjid perlu diutamakan .Yang mana satu harus diutamakan pada ketika itu?

Terima kasih.

Jawapan

Ianya termasuk dalam perkara khilafiah tetapi apabila pemerintah telah memilih pendapatnya maka hukum pemerintah itu adalah yang muktamad serta segala khilaf yang lain hendaklah di tinggalkan. Inilah perintah Syariat.

No comments:

Post a Comment