Tuesday, January 29, 2013

Peluk Adik Beradik Kandung Yg Sudah Baligh

Soalan

assalamualaikum. adakah dibolehkan dan hukum memeluk adik beradik kandung yg sudah baligh sedangkan Islam menyuruh mengasingkan tempat tidur bg anak lelaki dan perempuan?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam persoalan ini, hukum memeluk adik-beradik adalah diharuskan.
Walau bagaimanapun, jika dengan melakukannya menyebabkan terangsangnya nafsu syahwat dan keinginan sehingga mendorong untuk melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala (sumbang mahram), ia adalah dilarang untuk dilakukan.
Selain itu, jika dengan melakukannya menyebabkan tersebarnya fitnah dalam masyarakat, perbuatan tersebut juga perlu ditinggalkan dan carilah cara yang lain di dalam menyatakan perasaan kasih dan sayang sesama ahli keluarga (mahram). Wallahu 'alam.

2 comments:

  1. lalu bagaimana hukumnya bila seorang abang telah terlanjur mencium adiknya yang hampir terbawa kedalam perzinaan????

    ReplyDelete
  2. Apakah hukum seks dengan adik beradik tetapi tidak baligh pada masa
    itu

    ReplyDelete