Soalan
salam saya ingin mendapatkan pandangan dari Tuan/Puan mengenai
perkahwinan jarak jauh yang mana suami saya mengizinkan saya untuk
tinggal di kampung menjaga kedua ibu bapa saya.mohon pandangan adakah
saya dianggap tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri kerana kami
berjauhan dan saya mendambakan untuk menjadi isteri solehah yang
berkhidmat kepada suami.mohon diberikan panduan adab-adab bila berjauhan
dan kekuatan jiwa apabila berjauhan kerana saya yakin suami adalah
pinjaman dunia sahaja.
Jawapan
Wassalam,
Dalam persoalan ini, anda adalah tidak dianggap sebagai seorang isteri yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri kerana suami anda telah mengizinkannya.
Walau bagaimanapun, panel ingin mencadangkan supaya anda mohon persetujuan daripada ibu dan ayah anda untuk duduk dan tinggal bersama suami anda di tempat kerjanya. Dengan cara ini panel merasakan anda dapat menjaga kedua orang tua anda dan dalam masa yang sama anda boleh menjalankan tugas dan tanggungjawab anda sebagai isteri kepada suami anda.
Ringkasnya, berusahalah untuk mencapai segala impian dan idaman anda untuk menjadi isteri yang solehah yang berkhidmat kepada suami. Wallahu 'Alam.

No comments:
Post a Comment