Soalan
salam..apabila kebangkitan kita di padang mahsyar,adakah kita dapat bertemu ahli keluarga kita di padang mahsyar?
Jawapan
Waalaikumusalam,
Dalam kebanyakan buku yang membincangkan tentang hari kebangkitan (ketika di padang Mahsyar) para ulamak dan sarjana dalam bidang ilmu usuluddin/ilmu kalam dan ilmu tauhid bersependapat mengatakan bahawa anda dapat bertemu dengan ahli keluarga masing-masing.
Perlu dingatkan bahawa disebabkan kesibukan yang amat sangat kerana masing-masing akan menerima buku catatan amalan semasa di dunia bagi menentukan nasib sama ada untung @ rugi di samping itu mereka juga akan diadili oleh Allah SWT dengan seksama.
Bahkan pada masa tersebut setiap orang akan berdebar-debar menunggu giliran untuk menerima buku catatan amal .Kandungan buku ini akan dibentangkan di hadapan Ilahi .Justeru setelah hitungan amalan dan pembalasan diterima majoriti umat Islam akan dimasukkan ke dalam syurga Allah berdasarkan Rahmah dan amalan yang dilakukan oleh mereka semasa di dunia lagi.Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment